Lihat lebih tentang kami dalam laman web bahasa Inggeris  

Gambaran Keseluruhan

Siapakah kami?

Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. memiliki, menguruskan dan berfrancais dalam sesetengah jenama yang paling terkenal dalam industri perhotelan. Ini termasuklah Sheraton, Four Points oleh Sheraton, St. Regis, The Luxury Collection, Le Meridien, aloft, W Hotels, element and Westin.  Setiap jenama kami akan menawarkan tetamu dengan satu pengalaman unik dan khas apabila mereka bersinggah di salah satu hotel atau resort Starwood.

Walau bagaimanapun, kejayaan kita sangat bergantung pada sebuah kumpulan berbakat iaitu wargakerja yang teruja untuk bekerja setiap hari, ghairah terhadap kesan yang mereka boleh hasilkan dan gembira bekerja dengan orang ramai. Starwood memahami pengalaman positif dari tetamu dengan wujudnya perkidmatan wargakerjanya.  Inilah sebabnya kami berusaha untuk menjadikan tempat ini sebuah tempat hebat untuk bekerja dengan rakan-rakan yang berpuas hati dan juga rakan sekutu yang diberi kuasa untuk berkhidmat kepada tetamu.

Kami berasa gembira kerana anda melayari peluang pekerjaan Starwood.  Teruskan pembacaan untuk memahami apa yang kami percaya dan juga erti sebuah kerjaya dengan Starwood.

Apa yang Kami Percayakan

Misi kami adalah untuk " Mewujudkan syarikat peranginan yang paling bernama dan globalisasi dengan membentuk satu keluarga korporat yang berasaskan amanah dan hormat yang menyumbangkan usaha gigih kepada perniagaan dengan kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan satu tempat kerja yang paling seronok dalam sejarah dunia.

Kami percaya budaya perkhimatan bukan hanya mengenai apa yang anda lakukan tetapi " cara" anda melakukannya. Ia dihasilkan supaya kami beroperasi dari dalam dan memahami pelanggan dari perspektif luar. Setiap ahli Starwood berpeluang untuk mempengaruhi kehidupan tetamu dan wargakerja kami secara positif. Hidup dalam satu budaya perkhidmatan yang kukuh bukan sahaja berfaedah kepada wargakerja dan tetamu, tetapi ia juga membantu dalam perkembagan perniagaan kami.

Di Starwood, kami mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian seseorang individu, idea dan budaya. Kami mempercayai bahawa pelbagai pengalaman dan individu diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan.  Inilah sebabnya kami berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran yang merangkumi kepelbagaian individu, pelanggan, tetamu, pemilik, pembekal dan juga pemegang saham.

Tawaran Kami

Kerjaya dalam Starwood betul-betul melunaskan! Program pampasan kami direka untuk menarik, mengekalkan, mengiktiraf, dan mendorong wargakerja kami sehubungan dengan menitik berat dalam falsafah memberi gaji berlandaskan prestasi. Kami sering membandingkan program-program pampasan Starwood dengan syarikat-syarikat terkemuka dalam industri perkhidmatain dan industri umum untuk mengekalkan satu kedudukan kompetetif dalam pasaran.

Tetapi ini tidak dihadkan dengan hanya sekeping cek gaji: Kami sentiasa menggalak wargakerja kami untuk memperluas peranannya sementara mengembangkan diri mereka dengan kami. Kami membantu wargakerja untuk membangunkan kemahiran penyeliaan dan pengurusan melalui kursus rasmi dan kerja pembimbingan. Keberkesanan peribadi dan kerja berpasukan adalah digalakkan melalui penilaian dan penerokaan diri. Sebagai salah satu syarikat perkhidmatan terbesar di dunia, kami tidak mempunyai sebarang had terhadap pencapaian wargakerja kami.

Di Starwood, kami juga cuba sedaya-upaya untuk menjaga wargakerja. Rakan seperjuangan mempunyai manfaat lumayan termasuklah diskaun-diskaun menarik untuk program persinggahan hotel yang bernama "StarHot".  Bersinggahlah di hotel termashyur di dunia dengan membayar pembayaran diskaun hebat pekerja.  Ramai rakan seperjuangan telah mengambil keputusan untuk membeli katil tanda kami untuk kegunaan mereka sendiri – dengan harga yang rendah, semestinya.

Jika gambaran ini berbunyi seperti kerjaya anda yang ideal dan menguntungkan, kami mengalu-alukan anda mencari peluang pekerjaaan yang ada di sini. Anda juga boleh menyerahkan pemohonan secara talian untuk pemberitahuan jawatan kelak.

 
Lihat lebih tentang kami dalam laman web bahasa Inggeris